i love islam

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments & Graphics

Saturday, May 21, 2011

MAtrik...MAtrik...


Assalamualaikum...Hari ini hari terakhir ana 'bercuti' di rumah.... esok ana dah kena pi daftar MATRIKULASI dah....alhamdulillah ana dapat KMK...dekat sikit dengan family.... pada mulanya ana memang ragu2 untuk sambung di matrik...kata orang...matrik ni susah..tak capai target kena tendang...betul ke?? erm..entahla...maybe kot... tapi abang ana cakap tak ramai pun kena 'kick out' ,sorang dua ja....baru tenang sikit rasa.. ana nak ambil subjek BIO...tapi..abang ana kata budak2 BIO susah nak 'score'...aduh...ana dahla tak berapa minat FIZIK...macam mana ni...kena solat istikarah dulu la...kat sana nanti baru boleh pilih model apa kita nak.. ana harap ana dapat pilih yang betul..insyaAllah.. actually ana nak jurusan agama...mungkin tak dak rezeki lagi untuk belajar agama dengan lebih mendalam....ana tak dapat IPTA... ana dapat Ulum Islamiah kat Mesir..tapi ana tak berkesempatan nak pi sana..lagipun kat Mesir kan masih ada sisa2 kucar kacir.. namun di lubuk hati ana..ana teringin sangat nak pi sana...belajar di bumi Anbiya'..mesti best kan...mungkin belum rezeki ana juga.. berbalik kepada topik matrik tadi... kadang2 ana tertanya2 jugak..boleh ka ana bawa diri masa kat sana nanti?? kat sekolah dulu,ada cikgu2 yang boleh jaga n tengok2kan kita..tapi kat matrik ni..mana ada sapa..takkan pensyarah nk p jenguk kita kot...hanya harapkan kawan2 ja la..kalau dapat kawan yang baik insyaAllah kita jadi baik..tapi kalau sebaliknya macam mana...?? Na'uzubillah... ana takut... ana harap kat sana nanti ana boleh join mana2 usrah yang boleh bimbing ana yang lemah ni....insyaAllah.. kawan2 sek ana ramai jugak yang nak pi daftar esok...moga2 ikatan kami berkekalan n dapat saling menjaga satu sama lain... ermm...setakat ini sajalah...insyaAllah ada masa nanti ana akan kembali ber'blog'...buat masa ni..ana kena berhenti dulu la...kat sana nanti dah tak da laptop...so tak bole la nak online...sekian wassalam....

esok mak,along n kak long yang hantar..tapi semua tak tau kt mana lokasi matrik ni...terpaksa la guna map..

ni sebahagian daripada matrik tu...MASJID...dah pernah tengok dah masa melawat angah dulu tapi dah lama..tak berapa nak ingat...tahun 2007 kot kalau tak silap...

Thursday, May 19, 2011

Mahabbah

Kembali mengeratkan hubungan
setelah sekian lama terpisah
walaupun sebegitu rupa
namun tetap takkan kulupa
memori indah kita bersama
terjalin penuh kasih mesra...


duhai sahabat yang tercinta
dikau penyeri dikau pengubat hati
ceria gembira duka serta luka
kau tetap bersama
walau apa jua kau terima seadanya...


Sahabat sejati sahabat setia
contohilah peribadi Rasulullah
sesungguhnya kita berkasih sayang
hanyalah kerana cinta yang Esa
itulah satu-satunya ikatan sejati...


Bukan kerana harta
bukan kerana pangkat
bukan kerana hanya di pandangan mata
tetapi berkawan dengan hati
tulus suci dan murni
dikau sahabat sejati....


Tuhan pertemukan kami
seandainya kami terpaksa berjauhan lagi
demi mengejar cita-cita sendiri
kerana ku sanggup kehilangan dirinya lagi
yang sangat berharga buat diriku...

Remaja Pemangkin Ummah!!

Islam agama tercinta
membangun bersama ummah gemilang
berwawasan,berwibawa,berakhlak mulia
itulah di antara sifat mukmin...


Remaja pemangkin ummah
harapan bangsa dan agama
remaja berjiwa kental
tabah menghadapi cabaran dan dugaan
remaja semangat berjihad
demi menegakkan syiar Islam
itulah di antara impian semua...


Tiada siapa boleh mengalahkan Islam
jika mukminin berani menentang
oleh itu wahai teman
janganlah leka
janganlah membuang masa
ingatlah bahawa semua melihat kita
kita perlulah bersatu padu
menegakkan perpaduan ummah...
Remaja pemangkin ummah!



Wednesday, May 18, 2011

Terima kasih Cikgu!!! Maafkan ana...

Pada Hari Guru yang lalu..
ana tidak sempat mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru2...
betapa sedihnya ana..nak bukak FB xsempat....nk call...xda kredit...apatah lagi nak pi jumpa kat sekolah...jauh...hermm..serba salah menimpa2...aduh...!! Maafkan ana cikgu... ana tak bermaksud lupakan cikgu2...ana sayang cikgu..ana rindu cikgu...!! Ana takkan lupakan cikgu yang selama ini telah didik ana dari kecik hingga besar... cikgu lah yang menjadikan diri ini bergelar seorang  insan yang berilmu..TERIMA KASIH CIKGU!!! InsyaAllah ana dan semua kawan2 akan berusaha untuk menjadi orang yang berguna kepada anak bangsa terutamanya kepada agama kita agama ISLAM....insyaallah...ana harap doa cikgu2 buat anak didiknya akan berterusan hingga ke akhirnya.. semoga mendapat barakah atas doa dari cikgu2...ana juga akan terus doakan kebaikan untuk cikgu2 juga....insyaallah.. Ana tahu..bukan sekadar ucapan dan hadiah yang cikgu pinta dari anak2 didiknya..tapi sebuah kejayaan yang sangat bermakna bagi mereka...serta iringan doa yang tak pernah putus dari anak2 didiknya...


Hari khamis ni...ada segelintir kawan2 ajak ana pergi sekolah untuk jumpa cikgu2 sebelum berangkat melanjutkan pelajaran ke tempat masing2....tapi alangkah pilunya..ana tidak dapat hadir bersama2 mereka...
cikgu....ana harap ana dapat jumpa kalian sebelum ana melangkah ke alam Universiti...
Maafkan segala khilaf yang telah ana lewati...restuilah anakmu ini walau di mana jua ana berada....


MAK...mak lah cikgu yang paling ana kasihi...mak telah didik ana dengan sempurna sekali walaupun mak agak tegas dalam hal ni...TERIMA KASIH MAK!!! SELAMAT HARI GURU MAK!!! segala jasa dan pengorbananmu yang tak pernah jemu...akan ana balas dengan sebaiknya..insyaAllah... Mak..maafkan ana jika ana ada terkasar bahasa dan juga tersalah bicara...terima kasih mak..mak xpernah ada rasa penat untuk didik anak mak yang degil ni...JAZAKILLAH...


Semoga Allah merahmati dan memberkati semua guru2 yang banyak berkorban demi anak bangsa dan agama...Cikgu...gunalah cara yang terbaik untuk mendidik anak2 mu supaya mereka sentiasa mendekati dan mengingatimu....dan Wahai para pelajar...janganlah kamu sesekali menyakiti mereka...sentiasa lah berkelakuan baik supaya guru2 senang denganmu...bantulah mereka...walaupun mereka tak pinta untuk dibantu...
HARGAILAH CIKGU!!




Puisi ini telah direka khas buat guru-guru..terutamanya guru2 di Pasti Darul Iman,Kg. Guar Kepayang,Sg.Dua...Tadika Al-Islah,...Sek Ren Al-Islah,Sg.Petani...Sek Men Keb Agama Kedah...



GURU...
Kau ibarat jantung hatiku..
kaulah bunga...
kaulah permata... 
dan juga matahari....
yang menyinari dan menerangi
alam ini...

Kau ibarat lilin... 
yang memberikan cahaya
di dalam kegelapan...
dan jua...
yang rela membakar diri...
demi menyahut seruan Illahi...
untuk menjadi insan yang sejati... 

GURU...
Kaulah penyeri...
kaulah jua pengubat hati....
tawa riangmu menambat hatiku..
gelak tawamu mengingatkanku tentangmu..
cerita suka dukamu 
merapatkan ukhuwah...

Alangkah indahnya..
memori yang tercipta bersamamu..
akan kuingati selalu....
walau dirimu jauh di mata...
tetapi...
dikau tetap bersama di hati ini...
akan kukenangmu dalam doa kudusku..

Kuharap satu masa nanti..
kita akan bertemu kembali...
dan ingin kurasai saat2 indah 
yang pernah kita lewati itu kembali...

GURU...
Bila ku terlupa kau ingatkan..
bila ku terleka kau sedarkan..
bila ku tersasar kau kembalikan..
bila ku berjauhan dengan Tuhan
kau dekatkan dengan peringatan..
bila ku berkeras 
kau lembutkan dengan amaran..
bila ku berduka kau ceriakan..
bila ku tertekan kau tenangkan..


Kaulah yang menyedarkan ku 
supaya menjadi doktor yang berjaya..
supaya menjadi peguam yang betah berbicara..
supaya menjadi hakim yang bijaksana..
supaya menjadi jurutera yang laksana...
supaya menjadi guru yang sempurna...
supaya menjadi insan yang berguna...

TERIMA KASIH GURU!!



Sahabat Setia..

Sahabat yang baik adalah..
sahabat yang sanggup berkorban...
jiwa dan raga...

Sahabat baik juga tidak akan...
sesekali menyakiti hati kita....

Sahabat yang mulia tidak akan...
menceritakan keburukan dan keaiban...
sahabatnya itu...

Sahabat yang ikhlas tidak akan..
sesekali membiarkan sahabatnya...
di dalam kesusahan dan kebuntuan..
dibelenggu dengan pelbagai onak dan duri..

Sahabat baik tidak akan..
sesekali terlintas di fikirannya....
untuk memutuskan silaturrahim...
sesama saudara...


****jika mahu mendapat sahabat yang baik...kita juga perlulah menjadi sahabat yang baik kepada sahabat2 kita...jangan sesekali kita abaikan tanggungjawab kita terhadap sahabat2 kita..****

Thursday, May 12, 2011

...Cinta...


Yang berhak dicinta di atas cinta


Cinta, sebuah kata yang indah didengar, manis diucapkan, nikmat dirasakan. Cinta adalah karunia dan rohmat dari Allah ta’ala yang Dia berikan dan Dia bagikan kepada manusia.
Segala puji bagi Allah ta’ala yang telah menjadikan cinta sebagai jalan menuju apa yang dicintai-Nya, dan telah menjadikan ketaatan dan ketundukan kepada-Nya sebagai dalil atas kebenaran dan kejujuran cinta. Dia-lah yang telah menggerakkan jiwa dengan cinta menuju kesempunaan. Mahasuci Allah yang telah memalingkan hati kepada yang Dia kehendaki dan untuk apa yang Dia kehendaki dengan kekuasaan-Nya. Dia lah yang menjadikan cinta bercorak dan bercita warna, membagikan cinta kepada para hamba-Nya, memberikan pilihan kepada mereka apa dan siapa yang dicintainya; ada cinta yang mulia dan ada yang hina, ada yang cinta harta, wanita, tahta dan segala yang nista.
Namun ada sebuah cinta yang paling mulia, (yaitu) cinta kepada Sang Pencipta cinta, yang telah menciptakan alam semesta dengan cinta, dan untuk cinta, karena pada hakikatnya cinta yang tertinggi dan termulia dari hamba adalah menghamba kepada-Nya. Dan tiada yang berhak menerima cinta termulia ini melainkan Dzat yang seluruh alam semesta harus tunduk kepada-Nya. Karena tidaklah jin dan manusia diciptakan melainkan untuk menghamba kepada-Nya. Dan seluruh cinta harus tunduk di bawah cinta-Nya dan cinta karena-Nya.
Semakin bertambah cinta seorang mukmin kepada Allah ta’ala dan Rasul-Nya, semakin bertambah pula rasa manis imannya. Karena iman memiliki rasa manis dalam hati, kelezatan iman yang tidak diketahui melainkan oleh Allah ta’ala, itulah cinta di atas cinta

Tuesday, May 10, 2011

Kata-kata hikmah 1

"Berkatalah benar walaupun pahit..."

Janganlah kita berdusta sebaliknya berkatalah yang haq...


"Berdiam diri adalah lebih baik daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah.."


Kita hanya akan menambahkan dosa sahaja apabila bercakap perkara yang tidak ada manfaatnya....
Oleh itu,berdiam diri lah sahaja dan bercakaplah perkara yang baik2 sahaja...

Lirik Hafiz Hamidun - Cerita Hati

Lirik Hafiz Hamidun - Cerita Hati

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga