i love islam

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments & Graphics

Thursday, May 19, 2011

Mahabbah

Kembali mengeratkan hubungan
setelah sekian lama terpisah
walaupun sebegitu rupa
namun tetap takkan kulupa
memori indah kita bersama
terjalin penuh kasih mesra...


duhai sahabat yang tercinta
dikau penyeri dikau pengubat hati
ceria gembira duka serta luka
kau tetap bersama
walau apa jua kau terima seadanya...


Sahabat sejati sahabat setia
contohilah peribadi Rasulullah
sesungguhnya kita berkasih sayang
hanyalah kerana cinta yang Esa
itulah satu-satunya ikatan sejati...


Bukan kerana harta
bukan kerana pangkat
bukan kerana hanya di pandangan mata
tetapi berkawan dengan hati
tulus suci dan murni
dikau sahabat sejati....


Tuhan pertemukan kami
seandainya kami terpaksa berjauhan lagi
demi mengejar cita-cita sendiri
kerana ku sanggup kehilangan dirinya lagi
yang sangat berharga buat diriku...

No comments:

Post a Comment