i love islam

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments & Graphics

Wednesday, May 18, 2011

Terima kasih Cikgu!!! Maafkan ana...

Pada Hari Guru yang lalu..
ana tidak sempat mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru2...
betapa sedihnya ana..nak bukak FB xsempat....nk call...xda kredit...apatah lagi nak pi jumpa kat sekolah...jauh...hermm..serba salah menimpa2...aduh...!! Maafkan ana cikgu... ana tak bermaksud lupakan cikgu2...ana sayang cikgu..ana rindu cikgu...!! Ana takkan lupakan cikgu yang selama ini telah didik ana dari kecik hingga besar... cikgu lah yang menjadikan diri ini bergelar seorang  insan yang berilmu..TERIMA KASIH CIKGU!!! InsyaAllah ana dan semua kawan2 akan berusaha untuk menjadi orang yang berguna kepada anak bangsa terutamanya kepada agama kita agama ISLAM....insyaallah...ana harap doa cikgu2 buat anak didiknya akan berterusan hingga ke akhirnya.. semoga mendapat barakah atas doa dari cikgu2...ana juga akan terus doakan kebaikan untuk cikgu2 juga....insyaallah.. Ana tahu..bukan sekadar ucapan dan hadiah yang cikgu pinta dari anak2 didiknya..tapi sebuah kejayaan yang sangat bermakna bagi mereka...serta iringan doa yang tak pernah putus dari anak2 didiknya...


Hari khamis ni...ada segelintir kawan2 ajak ana pergi sekolah untuk jumpa cikgu2 sebelum berangkat melanjutkan pelajaran ke tempat masing2....tapi alangkah pilunya..ana tidak dapat hadir bersama2 mereka...
cikgu....ana harap ana dapat jumpa kalian sebelum ana melangkah ke alam Universiti...
Maafkan segala khilaf yang telah ana lewati...restuilah anakmu ini walau di mana jua ana berada....


MAK...mak lah cikgu yang paling ana kasihi...mak telah didik ana dengan sempurna sekali walaupun mak agak tegas dalam hal ni...TERIMA KASIH MAK!!! SELAMAT HARI GURU MAK!!! segala jasa dan pengorbananmu yang tak pernah jemu...akan ana balas dengan sebaiknya..insyaAllah... Mak..maafkan ana jika ana ada terkasar bahasa dan juga tersalah bicara...terima kasih mak..mak xpernah ada rasa penat untuk didik anak mak yang degil ni...JAZAKILLAH...


Semoga Allah merahmati dan memberkati semua guru2 yang banyak berkorban demi anak bangsa dan agama...Cikgu...gunalah cara yang terbaik untuk mendidik anak2 mu supaya mereka sentiasa mendekati dan mengingatimu....dan Wahai para pelajar...janganlah kamu sesekali menyakiti mereka...sentiasa lah berkelakuan baik supaya guru2 senang denganmu...bantulah mereka...walaupun mereka tak pinta untuk dibantu...
HARGAILAH CIKGU!!




Puisi ini telah direka khas buat guru-guru..terutamanya guru2 di Pasti Darul Iman,Kg. Guar Kepayang,Sg.Dua...Tadika Al-Islah,...Sek Ren Al-Islah,Sg.Petani...Sek Men Keb Agama Kedah...



GURU...
Kau ibarat jantung hatiku..
kaulah bunga...
kaulah permata... 
dan juga matahari....
yang menyinari dan menerangi
alam ini...

Kau ibarat lilin... 
yang memberikan cahaya
di dalam kegelapan...
dan jua...
yang rela membakar diri...
demi menyahut seruan Illahi...
untuk menjadi insan yang sejati... 

GURU...
Kaulah penyeri...
kaulah jua pengubat hati....
tawa riangmu menambat hatiku..
gelak tawamu mengingatkanku tentangmu..
cerita suka dukamu 
merapatkan ukhuwah...

Alangkah indahnya..
memori yang tercipta bersamamu..
akan kuingati selalu....
walau dirimu jauh di mata...
tetapi...
dikau tetap bersama di hati ini...
akan kukenangmu dalam doa kudusku..

Kuharap satu masa nanti..
kita akan bertemu kembali...
dan ingin kurasai saat2 indah 
yang pernah kita lewati itu kembali...

GURU...
Bila ku terlupa kau ingatkan..
bila ku terleka kau sedarkan..
bila ku tersasar kau kembalikan..
bila ku berjauhan dengan Tuhan
kau dekatkan dengan peringatan..
bila ku berkeras 
kau lembutkan dengan amaran..
bila ku berduka kau ceriakan..
bila ku tertekan kau tenangkan..


Kaulah yang menyedarkan ku 
supaya menjadi doktor yang berjaya..
supaya menjadi peguam yang betah berbicara..
supaya menjadi hakim yang bijaksana..
supaya menjadi jurutera yang laksana...
supaya menjadi guru yang sempurna...
supaya menjadi insan yang berguna...

TERIMA KASIH GURU!!



No comments:

Post a Comment